Seramai empat orang pelawat telah tiba di sekolah kami pada pukul 10.30 pagi. taklimat telah diberikan sebaik mereka tiba di sekolah. Pihak TBK AISYIATUL juga telah memberi taklimat mengenai sekolah mereka. kami telah bertukar tukar maklumat sepanjang sesi pertemuan tersebut.
Selesai sesi taklimat, guru besar telah membawa pelawat melihat persekitaran sekolah.
Banyak faedah yang kami dapat dalam pertemuan tersebut.
Jamuan ringan telah disediakan sebaik sesi taklimat berakhir.
Pertemuan kami diakhiri dengan bertukar tukar cenderahati dan sesi bergambar.




.jpg)












































